Perutusan Pengetua
![]() |
"Mewujudkan satu suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif dan mengembirakan serta menghasilkan pelatih-pelatih yang boleh menghadapi cabaran dan tekanan dalam kerjaya mereka, apabila mereka merokai alam pekerjaan di industri kelak." |
Institut teknologi baiduri telah ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai satu pusat latihan kemahiran dimana tumpuan kami adalah dalam bidang elektronik,elektrik dan mekatronik. Seperti sediamaklum,pekerja-pekerja mahir dalam bidang-bidang yang disebut diatas amat diperlukan oleh industri -industri dinegara kita. Kami juga menyediakan latihan-latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran- kemahiran berkomunikasi dan intra- personal supaya pelatih-pelatih kami dengan mudah menghadapi cabaran, apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak.
Kami sedar bertapa pentingnya kolaborasi dengan industri-industri dan pusat-pusat latihan lain bagi menambahbaikan sistem penyampaian dan penilaian di pusat latihan kami.Akhir kata, kami mengalu-alukan lepasan SPM dan juga pekerja-pekerja dari industry untuk memperolehi dan meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang yang kami tawarkan.
SASAYAH A/L RAJAGOPAL
PENGURUS PUSAT BERTAULIAH
INSTITUT TEKNOLOGI BAIDURI